Isnin, 21 April 2014

Kolam Siakap RM3 Banting.

Pada update yang lepas geng-geng KPAS telah ada menduga kolam pancing siakap Azizi di Banting. Oleh sebab ramai yang keliru berkenaan lokasi Kolam Azizi dan Kolam Siakap RM3 (nama sebenar kolam tak pasti), update kali ini admin akan menceritakan berkenaan Kolam Siakap RM3 (Kolam Azizi pun masuk RM3 he..he..he..).
  
Jln Air Tawar kebiasaannya adalah jalan utama bagi mengakses ke kedua-dua kolam ini. Jika hendak ke kolam Azizi anda perlu belok ke kanan manakala jika hendak ke kolam siakap RM3 anda perlu belok kekiri. Kolam Azizi mempunyai 5 kolam manakala kolam RM3 mempunyai 1 kolam sahaja yang dihuni oleh ikan siakap. *koordinat gps ada dalam gambar

Pemandangan kolam siakap RM3. Umpan udang hidup juga ada dijual disini dengan harga RM1/3ekor. Untuk ikan yang hendak dibawa pulang anda akan dikenakan bayaran rm16/Kg

Kolam ini terletak bersebelahan muara sungai dan air kolam ini dipam direct dari muara tersebut. Bukan tambah garam bro...air original..isi ikan pun sedap.
  Kincir air digunakan bagi memastikan kadar oksigen cukup didalam kolam baru ikan kuat melawan.

 Pemandangan Kolam
 
 Ahli KPAS Fendi dan Copey

 Fendi otai siakap dengan hasil tangkapan beliau
  
Air yang dipam direct dari muara
 
 Hasil casting Aizad bersama udang zerek
 
 Close up udang zerek Tips
 
Selain umpang hidup..umpan tiruan seperti gewang dan solf plastik (SP) juga laku disini. untuk trip kali ini aizad kpas telah menggunakan udang zerek dan ianya amat berkesan. Kelebihan udang zerek adalah renangannya seakan udang betul dan tidak rosak apabila DIKOKAK siakap.

Update by Aizad KPAS..

6 ulasan:

  1. terima kasih. jarang ada orang yang nak kongsikan lokasi port ngail dengan tepat. siap google image lagi tu...

    BalasPadam
  2. Selain kita dapat berkongsi port memancing kita juga dapat membantu usahawan bumiputera menambah pendapatan.

    BalasPadam
  3. Murahnya masuk kolam ikan siakap sini.. Tapi nak bawa balik rm16/kg...

    BalasPadam
  4. Udang zerek beli dkt mana bro

    BalasPadam
  5. Kolam siakap rm3 ni kalau contoh dpt ikan 1kg rm16....kalau xmahu bwk balik ikan xpe ke??ataupon dgn kata lainnya xnak byr....

    BalasPadam
  6. Boss. Mn nk dptkan udang tiruan seperti dlm gambar tu ye? Tq

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...